Friday, July 11, 2014

TOLONG PERGI!!






bingung dengan perasaan sendiri . 
dia depan mata . 
tapi entah kenapa aku tetap merindukan dia yang telah jauh melangkah . 
tapi entah mengapa perasaan itu seolah masih milik dia . 
aduhai Hati , tolong jangan menyeksa aku begini .
 cukuplah sekadar dia yang menyeksa perasaan aku -.-

F.A.K.T.A.

memang sampai mati , makna akronim itu tetap aku semat dalam hati walau ia mungkin takk bermakna lagi (:

aduhaii Hati . tolong lepaskan memori semalam . 
biarkan ia pergi dengan tenang . 
dia sudah miliki bahagia dia sendiri .
 biarkan aku mencipta memori baru . 
walau memori baru ini tak seindah memori lama , aku akan cuba semampu aku untuk jadikan nya terindah juga . 
izinkan aku untuk turut melakar bahagia aku walau takk bersama dia lagi . 
lepaskan dia Hati .

terasa ingin jual fon aku . 
fon yg pernah menjadi penghubung antara aku dan dia .
 terasa ingin buang segala buku,baju yang terlakar nama dia
 terasa ingin merayu supaya lagu Terukir Di Bintang diharamkan terus daripada diputarkan di corong radio . 
 supaya Hati takkan rasa saked .
 supaya aku mampu melangkah pergi .

cukup satu SMS dari dia buat dunia aku berubah . 
Hati aku terdetik untuk kembali berpaling pada dia . 
sedang aku lupa ,
 dia telah bahagia melakar pelangi . 
telah aku katakan pada Hati . 
jangan pernah menoleh lagi . 
teruskan menuju ke Hati yang baru . 
tapi Hati aku degil . dia tetap menoleh . 
dan sehingga kini ,
 Hati masih milik kau . MASIH :')

kita takkan mungkin bersama lagi . 
walau Hati mendesak . 
apa guna mencorak hubungan andai kita dah tahu penghubung cerita?
 aku tahu kau bahagia .
 aku tahu kau gembira dengan dunia baru . 

Hati . aku merayu .
 tolong melangkah pergi . 
tolong menjauh dari bayangan dia . 
tolong jangan menoleh pada memori lalu . 
tolong jangan disingkap kenangan lepas . 
yang terindah cuma sementara . 
yang terindah cuma mimpi . 
dan sekarang aku tersedar dari mimpi , 
dan aku harus cipta bahagia aku sendiri 
tanpa menggangu kau lagi .=(




THANX KERANA MEMBACA...LUV U LARH!!!

No comments: